Al-Fatihah Pada Maksud Akan berAgama


al-Fatihah pembuka bicara, pemandu kalam dan Silah pada laman yang tak seberapa ini, juga pada entry pertama sebagai muqaddimah menyambut baik akan Maksudnya Beragama dan sememangnya bukan menggambarkan berakhirnya riwayat hidup seseorang... Tertarik dengan satu artikel yang berjudul 'There is only two path for all human to reach God', yang di maksudkan dua jalan itu adalah Era Para Nabi serta Era Para Wali.
Era Para Nabi; Bermulanya zaman Nubuwwah apabila diciptakan nabi Adam as, diikuti nabi Idris as sampailah kepda nabi Muhammad saw. Utusan-utusan Allah swt tidaklah dibiarkan terkapai-kapai dalam mengajak manusia mentauhidkan Allah swt, namun setiap daripada mereka dibekalkan wahyu yang mengandungi ilmu serta syariat yang berbeza mengikut kaum-kaum.
Era para Auliya menyaksikan bahawa tanggungjawab mereka membawa manusia mengenal Allah adalah sehingga ke hari akhirat. Era para wali bermula selepas kewafatan nabi terakhir saw, ia dimulai oleh para sahabat Rasullullah saw diikuti tabiin, Uwais al-Qarni, diteruskan lagi oleh Sheikh Abdul Qadir al-Jailani serta Muhammad bin Abdullah (Imam Mahdi) pada era sekarang sebagaimana Hadith Rasullullah saw;

Telah bersabda Rasullullah “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (Riwayat Thabrani)



Allah swt membimbing mereka menerusi Syariah, Tarikah, Hakikah dan Makrifah yang mana perjalanan dan pengamalannya perlulah dilalui secara selari, tiada yang 'terutama', tiada yang 'kurang penting'. Sejarah mencatatkan bahawa kebangkitan dan kejayaan umat-umat terdahulu adalah asbab kepada pegangan mereka terhadap ilmu Syariah, Tarikah, Hakikah dan makrifah secara konsisten dan menyeluruh. Tidaklah diaplikasikan ilmu itu satu persatu seperti mempelajari ilmu Syariah kemudian ilmu Tarikah, ataupun hanya mengambil sebahagian daripada ilmu-ilmu tersebut.

Kita dapat lihat ramai dikalangan sarjana / ulama syariah sekarang telah tersimpang jauh dari landasan agama, umpama mereka mempelajari syariah demi meninggalkan syariah sementara masih menganggap diri mereka ahli agama.

Syariah umpama kulit, semua orang termasuk Yahudi, Kristian, Hundu, Budha mahupun Atheist boleh mendapat Master atau phd. dalam Syariah di mana-mana universiti yang menawarkan jurusan tersebut. Malah kadang-kala syariah mereka kelihatannya lebih elok daripada muslim sendiri yang mempelajari agama sehingga disebut-sebut ungkapan 'andai mahu melihat agama (islam) pergilah ke negara bukan islam'.

Mana silapnya? akibat tidak mengikuti amalan yang diajarkan oleh nabi serta panduan yang dibawa oleh para wali Allah, umat islam kini hanya boleh dilabelkan dengan umat islam kulit yang tiada isinya. Bertambah malang apabila ilmu Syariah, Tarikah, Hakikah dan Makrifah terus-menerus dipertikaikan sedangkan ia terang dan jelas di sebut dalam hadith akan sebenarnya agama;

Daripada Umar ra beliau berkata: Ketika kami sedang duduk disisi Rasulullah saw pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah saw. Lalu ia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah saw dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Rasulullah saw,

Lantas ia berk
ata: Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam.
Lalu Rasulullah saw menjawab: Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan
bahawasanya Muhammad itu persuruh Allah, dan kamu mendirikan solat, dan kamu mengeluarkan zakat, dan kamu berpuasa di bulan Ramadhan, dan kamu mengerjakan haji di Baitullah jika kamu berkemampuan pergi kepadanya.
Lelaki itu berkata: Benarlah kamu.
Maka kami pun merasa hairan terhadapnya kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.

Lelaki itu bert
anya lagi: Maka khabarkan kepadaku tentang iman.
Rasulullah saw menjawab: Bahawa kamu beriman kepda ALLAH, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari Qiamat dan kamu beriman kepada kadar baik dan burukNya.
Lelaki itu berkata: Benarlah kamu.

Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku perihal ihsan.
Rasulullah saw menjawab: Ihsan ialah bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya tetapi jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu.

Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku dari hal hari kiamat.
Rasulullah saw menjawab: Tidaklah yang bertanya itu lebih tahu daripada yang ditanya.

Lelaki itu berkata lagi: Maka khabarkan kepadaku mengenai tanda-tandanya.
Rasulullah saw menjawab:Tanda-tandanya itu adalah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing menegakkan dan mendirikan binaan.

Kemudian dia pergi, lalu aku terdiam beberapa lama.
Setelah itu Rasulullah saw bertanya: Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu?
Aku menjawab: Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui.
Rasulullah saw berkata: Sesungguhnya itulah dia Jibril as yang datang kepada kamu untuk mengajarkan AGAMA kamu.
(Riwayat Imam Muslim)